Rabu, 13 Jun 2012


Tajuk: Buat Sahabat-sahabat Muslimahku
Karya: muslimah_nurani
Buat renungan bersama..Sahabat-sahabat yang bergelar Muslimah..
Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh ukhuwwah.

Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran.

Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu, semoga nur ILAHI akan membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.
Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana ALLAH mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dengan pandangan yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain.
Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu.
Sahabat muslimahku..
Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.
Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T.
Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan DIA. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNYA, 
Insya-ALLAH..

Akhirul kalam, ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan lah-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada ILAHI, Insya-ALLAH..
Dari Ibn Abbas lah.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya, ALLAH akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya ALLAH akan mencatitkan di sisinya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, ALLAH akan mencatitkan di sisinya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, ALLAH akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja.


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Selasa, 12 Jun 2012

Please Say Alhamdulillah..







بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



Kisah bermula..


Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Orang itu sangat miskin sehingga pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS,

"Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah S.W.T menjadikan aku orang yang kaya.

Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu,

"Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT."
Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,

"Bagaimana aku hendak banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Ia berkata kepada Nabi Musa AS,

"Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini, agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. "

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata,

"Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T.
Lalu jawab orang kaya itu,

"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah S.W.T?. Allah S.W.T telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah S.W.T telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya"

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian yang terjadi seterusnya ialah si kaya itu semakin Allah S.W.T tambahkan kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah S.W.T mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana dia tidak mahu bersyukur kepada Allah S.W.T.


P/s: Semoga ada ruang yang diberikan oleh Allah, untukku merasai dan mensyukuri nikmat Allah S.W.T...

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Isnin, 11 Jun 2012

Kisah Lima Perkara Aneh


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,

"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Apabila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, 

"Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam."

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,

"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata,

"Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,

"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi, beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, 

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
"Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua."
" Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya". 

"Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. "


"Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul menceritakan hal seseorang."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. 

Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. 

Lalu dia bertanya, 

"Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." 


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

p/s: sekadar peringatan untuk diri ini jua.
\



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sebuah kisah untuk kita jadikan teladan..

Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dimaki oleh seorang pemuda. Peristiwa itu disaksikan oleh Rasulullah S.A.W. yang kebetulan berada tidak jauh dari situ. Saidina Abu Bakar mendiamkan diri walaupun dicerca dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat, manakala Rasulullah S.A.W hanya tersenyum melihat perbuatan pemuda yang sedang marah itu. Lama kelamaan Saidina Abu Bakar tidak dapat bertahan lagi lalu membalas cercaan yang dilemparkan kepadanya. Melihatkan kelakuan itu Saidina Abu Bakar itu, Rasulullah S.A.W segera berlalu dari situ.

Saidina Abu Bakar yang menyedari Rasulullah S.A.W beredar segera berlari mendapatkan Baginda. Beliau bertanya kepada Rasulullah:

"Ya Rasulullah, ketika aku dimaki hamun tadi, kulihat kau hanya diam dan tersenyum. Sebaliknya sebaik sahaja aku membalas makian pemuda itu, kau segera berlalu pergi. Mengapa Ya Rasulullah?

Rasulullah S.A.W pun menjawab pertanyaan Saidina Abu Bakar:

"Wahai Abu Bakar, ketika kau mendiamkan diri sedangkan kau dimaki hamun dengan teruk oleh pemuda itu tadi, kulihat malaikat turun dari langit, berdiri di sisimu dan membalas cemuhan si pemuda itu. Tetapi sebaik sahaja kau membalas perbuatan pemuda itu, dua malaikat tersebut terus beredar dari sisimu dan tempat mereka segera pula digantikan oleh syaitan laknatullah!" Wallahualam..

"Kawallah emosi kita terutama dalam mengawal sifat marah kerana marah itu adalah bisikan kejahatan yang dilakukan oleh syaitan bertujuan menyesatkan manusia."

Renung-renungkan.....



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Perempuan Yang Dikasihi Allah


Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…'



Rabu, 21 Mac 2012

~ Mengapa Manusia Kena Sembah Allah s.w.t ~

Assalamualaikum para sahabat sekalian.. semoga sihat sahaja kehendaknya.. amin..
terus kepada topik perbincangan dan sedikit perkongsian ilmu ataupun sebagai motivasi untuk kita lebih bersemangat untuk menunaikan kewajipan kita sebagai orang islam iaitu solat 5 waktu.

Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita bertanya pada diri sendiri? soalan yang nampaknya remeh akan tetapi membawa maksud yang sangat mendalam. dari mana asal usul kita? apa tujuan kita hidup? dan ke mana hala tuju kita selepas kita mati? kita seharusnya bersyukur ke hadrat ilahi kerana islam telah menjawab ketiga-tiga persoalan itu.

Mengapa manusia kena sembah Allah s.w.t?
yang terutamanya ialah kerana manusia adalah satu-satunya makhluk Allah s.w.t yang paling baik iaitu sebaik-baik kejadian. angkatlah darjat kita bukti kekuasaan Allah s.w.t terhadap semua makhluk lain terutama iblis yang kufur dan menentang dengan kekuasaan Allah s.w.t. seandainya kita bersama iblis seolah-olah iblis telah menang dengan Allah s.w.t.
seterusnya, bersyukurlah wahai manusia kerana Allah s.w.t telah mencipta kita sebagai manusia dan bukan makhluk yang lain. berserahlah kita kepada Allah s.w.t kerana kita adalah haknya yang esa. seungguhnya dunia ini adalah tempat tumpangan sementara untuk kita mengenal pencipta kita dengan melihat semua kejadian alam ini. dunia juga adalah ujian bagi kita sebelum kita kembali ke tempat asal kita. gunakanlah Al-quran dan sunnah nabi Muhammad s.a.w sebagai navigator/gps untuk kita kembali ke tempat asal kita, syurga... insyaallah..

Apakah rahsia sembahyang?
saya ingin memberi sedikit motivasi yang kita sangat sangat dan tidak boleh tinggalkan sembahyang..
sebenrnya kalau kita tinggalkan sembahyang, maknanya kita sama macam bukan manusia iaitu haiwan.. kenapa saya berkata bergitu? kerana manusia sahaja yang diberi keistimewaan untuk hidup dengan diberi nikmat yang tidak terhingga oleh Allah s.w.t.

Merungkap jawapan kepada ayat saya yang tergantung di atas seolah-olah sengaja untuk menimbulkan tanda tanya kepada para sahabat..
baiklah.. sedikit perkongsian daripada saya Fadhilat mengenai Fadhilat dijadikan sebagai umat nabi Muhammad s.a.w..

sebenarnya jika diikutkan kajian, umat nabi muhammad s.a.w purata hidupnya cuma 65 - 70 tahun dan jika diizinkan hidup lagi lama alhamdulillah..
perkataan kunci disini adalah NIKMAT dan bukti Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..
umur purata kita 65 tahun..
kita akhil baligh majoroti di usia 15 tahun..
kita dihisab dari umur 15 tahun..
tolak waktu tidur 8 jam sehari darab dengan 50 tahun.. bersamaan 20 tahun kita tidur..
waktu kita dihisab hanya 30 tahun..
kita sembahyang 6 minit satu waktu..
satu hari 5 kali sembahyang bersamaan 30 minit sehari.. yang ini asas..
30 minit darab 365 hari sama dengan 7 hari sahaja setahun kita perlu sembahyang..
7 hari darab 30 tahun.. sama dengan 210 hari sembahyang..
maknanya kita hidup 65 tahun.. tuhan nak kita sembahyang lima waktu sebanyak 1 tahun sahaja..
tuhan bagi kita nikmat dunia 64 tahun untuk dinikmati..
dan lagi pula yang paling bahagia kurniaan nikmat daripadanya.. syurga selama-lamanya..
tuhan hanya minta setahun kita sembah dia.. tuhan bagi nikmat dunia dan akhirat selamanya..

Persoalannya di sini, adakah kita masih malas menunaikannya?
sungguh tidak bersyukur kita sebagai manusia sedangkan tuhan jadikan kita sebaik-baik makhluk alam..
ramai yang tidak sedar benda ini.. dan rasa berat menunaikan..
adakah kita sanggup bersetuju dengan iblis sejenis makhluk yang tidak unggul...?
Allah s.w.t minta sedikit.. kita tak mampu tunaikan.. masyaallah...

buktikan kita makhluk yang sebaik-baik kejadian seperti firman Allah s.w.t..

Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “


jangan kita aibkan kekuasaan Allah s.w.t.. dengan memberi kemenangan kepada iblis makhluk yang dilaknat Allah s.w.t..
buktikan pada iblis.. buktikan kepada malaikat yang firman Allah itu benar..

darjat kita lebih tinggi kerana 2 benda.. akal dan nafsu.. malaikat cuma ada akal.. iblis hanya ada nafsu..
jadi gunakanlah sebaik-baiknya.. nafsu untuk menikmati nikmat tuhan.. akal untuk kita kembali kepadanya..




alhamdulillah.. setakat ini sahaja perkongsian daripada saya yang tak seberapa ini.. insyaallah.. ada benda baru, saya kongsi lagi.



Sabtu, 3 Mac 2012

Restoran Cina Muslim Al Munawarah

Tawaran menarik untuk para pelajar! Rasailah kelainannya dari sajian masakan cina muslim Al-Munawarah!
5 hidangan dengan harga yang berpatutan!
Udang Butter
Ayam Bijan
Sayur Chap Chai
Daging Lada Hitam
Taufu Claypot
Buah-Buahan (Pencuci Mulut)
Nasi
Air
  
Kuantiti (Orang)

                     Harga (Per Head)
50
RM28
60
RM27
70
RM26
80
RM25
90
RM24

Terbuka kepada semua para pelajar yang sedang belajar di IPTA ataupun IPTS di area Shah Alam dan Subang Jaya.
Sila hubungi Fadhilat,  
0139752947/0179287492